PETALING JAYA – Citaglobal Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya Citaglobal Engineering Services Sdn. Bhd. telah ditawarkan dan menerima Surat Hasrat untuk menjalankan kerja-kerja Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) bagi pembangunan projek Sanglang di Perlis.
Projek yang akan terbahagi kepada empat fasa itu telah dianugerahkan oleh Mutiara Perlis Sdn. Bhd. (MPSB).
Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria berkata, susulan daripada kejayaan menyiapkan fasa 1 projek Bandaraya Getah, Kedah telah menjadi salah satu faktor untuk Kumpulan memperoleh kelayakan untuk melaksanakan projek penting itu.
“Tumpuan segera kami adalah untuk melaksanakan Fasa 1A kontrak Projek Sanglang dengan cekap dan sebaik mungkin,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Mohamad Norza menerangkan, melalui projek tersebut, buku pesanan sedia ada Citaglobal meningkat kepada RM933.2 juta daripada RM733.2 juta sebelumnya.
Projek Sanglang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: