PETALING JAYA – Citaglobal Berhad (Citaglobal) bercadang untuk memiliki 0.64 hektar di di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dari Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan nilai bayaran sebanyak RM73 juta.
Tanah itu adalah harta pajakan dengan berbaki selama 68 tahun dengan di sekitarnya terdapat beberapa destinasi utama seperti Pusat Perubatan Prince Court, Pusat Darah Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Jantung Negara (IJN), the Intermark, DoubleTree by Hilton dan juga Taman Budaya Negara.
Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, tanah tersebut terletak di lokasi strategik dengan akses yang mudah, berdepan dengan jalan utama di Jalan Tun Razak selain disokong oleh faktor ketersambungan yang mudah oleh pengangkutan awam menjadikan ia menjadi tumpuan pelabur.
“Melihat kepada faktor peningkatan nilai di kawasan komersial tersebut dan lokasinya yang strategik, maka lembaga pengarah berkeyakinan terhadap cadangan pemilikan hartanah tersebut yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: