PETALING JAYA – Citaglobal Bhd (Citaglobal) telah memeterai lembaran syarat pembentukan kerjasama (binding term sheet) dengan syarikat teknologi dan kejuruteraan Sisa-Kepada-Tenaga (WTE) dari Jerman, Lawi Engineering GmbH (Lawi Germany).
Pemeteraian tersebut adalah untuk perbincangan eksklusif serta kerjasama menawarkan penyelesaian teknikal dan kejuruteraan Lawi Germany.
Penyelesaian tersebut merangkumi sistem pembakaran berteknologi tinggi, reka bentuk dan kejuruteraan dandang, termasuk produk-produk berpatennya seperti Lawi EtaComb®, Lawi EtaPlant®, dan Lawi EtaLogic® kepada projek pengurusan sisa yang dikenal pasti dan disasarkan oleh Citaglobal serta entiti berkaitannya.
Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Mohamad Norza Zakaria berkata, kerjasama eksklusif ini akan membolehkan kedua-dua pihak menjana pendapatan melalui pelesenan teknologi serta produk Lawi Germany kepada rakan kongsi yang berpotensi, selain menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
