PETALING JAYA – Citaglobal Berhad (Citaglobal) telah memiliki 30 peratus saham dalam syarikat kabel dasar laut, iFactors Sdn. Bhd. (iFactors) bernilai RM25.2 juta sebagai usahanya untuk meluaskan operasi dalam perniagaan tenaga boleh baharu dan telekomunikasi.
Perjanjian tersebut bakal memberi manfaat kepada pendapatan Citaglobal kerana pembelian ini dilengkapi dengan jaminan keuntungan bersih selama dua tahun sebanyak RM21 juta dan iFactors mempunyai buku pesanan sebanyak RM528 juta.
Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria berkata, syarikat juga mempunyai pilihan untuk membeli tambahan 21 peratus saham iFACTORS setelah jaminan keuntungan sebanyak RM21 juta telah tercapai.
Jelasnya, untuk pengambilalihan tersebut, Citaglobal akan membeli 30 peratus saham melalui gabungan tunai dan saham pertimbangan baru yang berharga RM1.50 setiap satu.
Melalui urusniaga ini, Citaglobal akan berada pada kedudukan yang baik untuk membida pekerjaan kabel…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: