Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Citaglobal teroka projek infrastruktur, tenaga boleh baharu di Jawa Timur

today8 May 2025

Background


PETALING JAYA – Citaglobal Bhd (Citaglobal) melalui anak syarikatnya, PT Citaglobal Internasional Capital (CGIC) telah memeterai Perjanjian Induk (HoA) bersama Pimpinan Wilayah Muhammadiyah Jawa Timur (PWMJT) bagi meneroka pelaksanaan infrastruktur telekomunikasi dan tenaga boleh diperbaharui di rangkaian hospital, sekolah dan universiti kendalian Muhammadiyah di wilayah itu.

Perjanjian tersebut merangkumi sasaran awal bagi pelaksanaan perintis kira-kira 250 menara telekomunikasi dan kapasiti tenaga solar sebanyak 5 megawatt (MW) di beberapa hospital, sekolah dan universiti terpilih.

 Inisiatif perintis ini bertujuan untuk meningkatkan capaian digital dan tenaga bersih dalam ekosistem institusi PWM Jawa Timur, sekali gus menjadi asas kepada kerjasama jangka panjang yang lebih meluas.

 Kedua-dua pihak menyasarkan untuk menyiapkan kajian kemungkinan yang berkaitan serta memulakan pelaksanaan projek perintis dalam tempoh enam bulan dari tarikh perjanjian dimeterai, tertakluk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post