Kool FM

Citigroup Tersalah ‘Bank In’ RM381.5 Trilion Kepada Pelanggannya


Dalam satu insiden yang dianggap sebagai ‘near miss’, Citigroup, sebuah bank gergasi dari Amerika Syarikat, hampir menyebabkan satu bencana kewangan yang besar apabila secara tidak sengaja memindahkan wang tunai sebanyak S$109 trilion (RM381.5 trilion)  kepada salah seorang pelanggannya secara tidak sengaja.

Apa Sebenarnya Berlaku?

Menurut laporan Financial Times (FT), kesilapan ini berlaku pada April tahun lepas.

Ia berpunca daripada dua faktor utama: kesilapan input oleh pekerja dan sistem sandaran (back-up system) yang mempunyai antara muka pengguna yang rumit.

Pada asalnya, hanya US$280 (RM378) sepatutnya dihantar ke akaun pelanggan di Brazil melalui empat transaksi.

Citigroup

Namun, sistem bank telah menyekat transaksi ini.

Apabila transaksi tersebut tersekat, seorang pekerja diminta untuk memasukkan data secara manual ke dalam program yang jarang digunakan.

Di sinilah masalah bermula.

Program tersebut mempunyai medan “jumlah” yang telah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version