CoKeeps Sdn Bhd (CoKeeps) mengumumkan pelancarannya sebagai Penyimpan Aset Digital (DAC) beriktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang pertama di Malaysia. Kelulusan yang diberikan oleh SC ini memberi makna terdapat perkhidmatan pihak ketiga yang bertauliah bagi memudahkan penyimpanan dan perlindungan aset digital.
Ini jelas menunjukkan penerimaan oleh pihak pengawal selia terhadap penggunaan aset digital dari pihak individu serta institusi secara meluas dapat dilindungi melalui perkhidmatan yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
“Selepas tiga tahun kami berusaha untuk membangunkan penyelesaian DAC yang kukuh dengan bimbingan SC, kami berbesar hati untuk menjadi syarikat yang pertama diluluskan untuk beroperasi di bawah Garis Panduan SC untuk Aset Digital.
“SC berada di barisan hadapan di kalangan pengawal selia sedunia dalam memajukan pendekatan kawalan aset digital, dan garis panduannya menyediakan arah tunjuk yang jelas dalam pembangunan kelas aset ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: