
KUALA LUMPUR – Commerce. Asia telah menyokong lebih daripada 11,000 aktif peniaga di seluruh rantau Asia Tenggara dan untuk tahun lepas sahaja, jenama di bawah ekosistem syarikat tersebut telah mencatat jualan sehingga AS$3.5 bilion (RM14.3 bilion).
Penjualan tersebut adalah melalui platform e-dagang, pengedaran dan juga fintech.
Pengerusi Eksekutif Commerce. Asia, Ganesh Kumar Bangah berkata, dengan pertumbuhan menarik dalam ekonomi pencipta kandungan, syarikat kini menggunakan infrastruktur sedia ada yang terbina kukuh untuk memberi peluang kepada jenama pembangun kandungan yang lain.
“Sebagai contoh produk Numinara yang kami perkenalkan kini adalah salah satu inisiatif terbaik kami untuk mengangkat jenama itu mendapat tempat dalam kalangan pelanggan dengan sebaiknya.
“Produk Numinara telah mencatat jualan sehingga RM1 juta dalam tempoh enam bulan, ia menunjukan prestasi yang mengalakkan bagi jenama yang diterajui pencipta kandungan dengan memperoleh sokongan daripada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
