Site icon Kool FM

CompAsia pertingkat nilai peranti, gajet  terpakai 


PETALING JAYA – CompAsia Malaysia, pusat pengurusan kitaran hayat peranti dan pelupusan aset teknologi maklumat, optimis terhadap inisiatifnya untuk mengelakkan pembuangan dan mengurangkan lambakan peranti terpakai melalui  pelancaran kempen terbaharunya.

Pengurus syarikat, Julius Lim berkata, melalui kempen CompAsia Confident, pihaknya mahu menggalakkan orang ramai menggunakan semula barangan elektronik dan gajet asli terpakai dan berkualiti tinggi pada harga mampu milik.

Menurut beliau, inisiatif tersebut  akan menjadikan ia sebagai laman sesawang pertama yang menawarkan perkhidmatan secara menyeluruh berkaitan peranti terpakai.

“Kempen ini memberi manfaat terbaik kepada mereka yang mahu berjimat kerana mereka boleh mendapat gajet atau peranti elektronik  di platform kami pada harga mampu milik tanpa membeli produk baharu.

“Jika ada gajet atau peranti elektronik yang mengalami kerosakan maka ia boleh dirujuk kepada kami untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version