Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Concorde Hotel KL Bakal Dijual Pada Harga RM700 Juta

today4 September 2024

Background


Concorde Hotel Kuala Lumpur, terletak di Jalan Sultan Ismail dan pernah dikenali sebagai Merlin Hotel, kini berada di pasaran untuk dijual pada harga hampir RM700 juta, lapor NST.

Hotel bertaraf empat bintang dengan 581 bilik ini merupakan hartanah pegangan bebas seluas kira-kira 4.5 ekar dikatakan bakal dirobohkan jika ada yang mahu membeli.

Sumber menyatakan bahawa hartanah ini mungkin akan dibangunkan semula menjadi sebuah kawasan bernilai berbilion ringgit.

Minat beberapa pelabur yang tertarik dengan lokasi strategik hartanah tersebut menjadi faktor utama, walaupun pemiliknya, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, dikatakan tidak tergesa-gesa untuk menjual melainkan mereka menerima tawaran yang sangat menarik.

“Beberapa pelabur telah menunjukkan minat untuk membangunkan semula tapak ini kerana lokasinya yang prime. Namun, pemilik tidak terburu-buru untuk menjual kecuali jika ada tawaran yang benar-benar menarik,”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post