Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Conte Dan Spurs Jumpa Chelsea Di Separuh Akhir

today23 December 2021

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Ada 3 kelab London mara ke separuh akhir dalam aksi separuh akhir Piala Carabao musim ini.

Arsenal akan berdepan dengan Liverpool. Manakala dua lagi pasukan London iaitu Spurs dan Chelsea akan bertembung sesama mereka dalam satu lagi separuh akhir.

Tottenham mara ke separuh akhir selepas menewaskan West Ham United.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tottenham, skuad bimbingan Antonio Conte mendahului menerusi Steven Bergwijn pada minit ke-29.

Namun hanya 3 minit sahaja diambil oleh West Ham untuk menyamakan kedudukan menerusi gol Jarrod Bowen pada minit ke-32.

Dua minit kemudian, Spurs kembali di hadapan menerusi gol oleh Lucas Moura.

West Ham menjadi pasukan yang lebih dominan dan melakukan 17 percubaan ke arah gol berbanding hanya 10 oleh Spurs.

Tiada gol dicatatkan separuh masa kedua, dan Spurs mara ke separuh akhir. Antonio Conte nampaknya memberikan harapan kepada Spurs…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post