Chelsea dilaporkan sedang dalam rundingan pinjaman Victor Osimhen sebagai pertukaran kepada minat yang ditunjukkan Napoli untuk menyatukan semula Romelu Lukaku dan Antonio Conte.
Menurut sumber laporan Goal, Napoli mahu mendapatkan khidmat penyerang Belgium itu secara tetap dan memaksa Chelsea memilih pilihan lain sebagai pertukaran.
Baca Juga:
Oleh kerana tanda harga tinggi ditetapkan kelab Serie A itu, Chelsea lebih berminat untuk cuba meminjam Osimhen dengan pilihan pembelian sebaik tamat musim.
Difahamkan, Chelsea dan Napoli kini sedang berunding untuk mencapai persetujuan yang akan membolehkan kedua-dua pemain tersebut menghadapi musim 2024/25 bersama pasukan baharu.
Osimhen mempunyai klausa pelepasan yang besar iaitu bernilai £110 juta sekali gus menjadikan rundingan bersama mana-mana pasukan untuk perpindahan secara tetap tampak sukar.
Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) juga menunjukkan minat untuk mendapatkan penyerang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: