PETALING JAYA – CoolBlog memberi kelainan dalam tawaran minumannya kepada umum dengan melibatkan penyertaan siri Oreo melalui kempen terbaharunya, O-Riuh Dengan Oreo.
Melalui kempen tersebut, pelanggan boleh menikmati tiga perisa smoothie baharu iaitu Ultimate Oreo Chocolate, Ultimate Oreo Strawberry dan juga Ultimate Oreo Mint.
Menurut kenyataan CoolBlog yang telah berada di pasaran sejak tahun 2008 sebagai salah satu jenama minuman atau pemanis mulut halal utama di negara ini, penawaran perisa baharu ini adalah usaha syarikat untuk mempelbagaikan lagi pilihan kepada pelanggan selain sentiasa kreatif dengan mengamalkan konsep ceria serta mesra bagi memenuhi permintaan pelanggan.
“Minuman dalam musim terhad ini ditawarkan pada harga RM8 satu minuman atau RM15 untuk 2 Oreo Smoothies untuk dinikmati bersama yang tersayang.
“Perisa minuman tersebut akan ditawarkan di seluruh cawangan CoolBlog bermula pada 25 Februari hingga 22 April ini,” katanya dalam kenyataan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: