Banyak khabar angin mengatakan Covid-19 adalah pandemik yang dirancang, kononnya juga konspirasi untuk mengurangkan populasi dunia. Turut dikaitkan ialah pembangunan teknologi mudah alih generasi kelima (5G) dan cip nano dalam penghasilan vaksin Covid-19.
Teknologi 5G didakwa mendedahkan masyarakat pada risiko penyakit iaitu barah manakala cip nano dalam vaksin pula untuk mengesan kedudukan manusia. Dakwaan ini menyebabkan sebilangan masyarakat mula meragui keupayaan vaksin berkenaan sedangkan keperluannya penting bagi mencegah daripada dijangkiti virus itu.