Kota Kinabalu: Wanita berusia 27 tahun yang menghadiri upacara pengebumian menjadi kes indeks kluster di Sipitang.
Dia yang mengalami simptom virus itu didapati positif Covid-19 di Hospital Kota Belud pada 27 Januari lalu , selepas hadir ke upacara itu di Kampung Samin, Sipitang.
Jurucakap Sabah Covid-19 Datuk Seri Masidi Manjun berkata, wanita itu adalah antara individu yang dikesan dalam kluster baharu di Kampung Samin, hari ini yang kini sudah mencatatkan 28 kes kumulatif.
Menurutnya,…