
KUALA LUMPUR – Syarikat pengurusan acara, Creative Creed Associates (Creative Creed) merancang untuk menjalin kerjasama strategik bersama syarikat terkemuka di Indonesia, iaitu GM Production.
Kerjasama bersama syarikat yang menjalankan perniagaan serupa di Indonesia itu merupakan sebahagian daripada langkah pengembangan Creative Creed ke peringkat antarabangsa terutama di rantau ini pada 2026.
Rancangan kerjasama berkenaan dizahirkan menerusi sesi perbincangan awal yang diadakan di Pejabat GM Production di sini pada hujung tahun lalu, melibatkan pertemuan dua hala bagi meneroka potensi kolaborasi strategik dalam industri pengurusan acara dan kreatif.
Pengarah Urusan Creative Creed, Syaiful Bakhtiar Salim berkata, pihaknya berbangga atas kesediaan GM Production untuk meneroka kerjasama bagi mengembangkan lagi perniagaan serta memperluaskan pasaran masing-masing.
Katanya, kerjasama strategik itu akan turut memberi manfaat kepada kualiti perkhidmatan apabila kedua-dua syarikat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
