Ketua pasukan Portugal dan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo melancarkan saluran YouTube beliau dan meraih jutaan pengikut hanya dalam beberapa jam selepas pelancaran.
Menurut laporan Al Jazeera, Cristiano telah memecahkan rekod dunia iaitu untuk saluran YouTube terpantas yang mencecah satu juta pelanggan.
Baca Juga:
“Penantian sudah berakhir. Saluran YouTube saya akhirnya di sini! Langgan dan sertai saya dalam perjalanan baharu ini,” tulis Ronaldo di akaun media sosialnya.
“Saya sangat gembira dapat menjalankan projek ini. Ia sudah lama berada dalam fikiran saya tetapi akhirnya kami berpeluang untuk merealisasikannya.
“Saya sentiasa menikmati hubungan yang begitu kukuh dengan peminat di media sosial dan saluran YouTube saya akan memberi saya platform yang lebih besar untuk berbuat demikian dan mereka akan mengetahui lebih lanjut tentang saya, keluarga saya dan pandangan saya tentang pelbagai subjek. Saya juga tidak sabar untuk berkongsi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
