Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo tampil mendedahkan sebab mengapa beliau mengalirkan air pada perlawanan bertemu Slovenia, awal pagi tadi.
Seperti dilaporkan sebelum ini, pemenang lima kali Ballon d’Or itu dikecam Dietmar Hamann dimana beliau mengatakan Ronaldo sebagai pemain yang mementingkan diri.
Baca Juga:
Ronaldo terlepas peluang terbaik untuk menghadiahkan kemenangan dengan lebih awal setelah Jan Oblak menafikan sepakan penalti diambil beliau pada minit ke-105.
Skuad kendalian Roberto Martinez itu akhirnya melangkah ke suku akhir dengan kemenangan 3-0 ke atas Slovenia menerusi penentuan sepakan penalti apabila aksi 120 minit permainan berkesudahan seri tanpa jaringan.
“Kesedihan awal dan kegembiraan pada akhirnya, itulah yang ditawarkan bola sepak. Ini adalah momen yang tidak dapat dijelaskan.” ujar Ronaldo menurut sumber laporan Goal.
“Saya berpeluang untuk meletakkan pasukan kebangsaan berada dihadapan tetapi saya gagal…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: