Site icon Kool FM

Cristiano Ronaldo Jadi Individu Pertama Raih 1 Billion Pengikut

Cristiano Ronaldo


Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo mencipta sejarah dimana beliau menjadi individu pertama di dunia yang meraih 1 Billion pengikut di laman sosial media.

Pemain berusia 39 tahun itu sudah mempunyai pengikut tertinggi di Instagram dan mencipta beberapa rekod di YouTube selepas membuka salurannya iaitu’UR. Cristiano.’

Baca Juga:

Saluran itu mencapai 50 juta pengikut dalam masa kurang dari seminggu, yang mana merupakan rekod untuk platform itu. Ia mengambil masa hanya 90 minit untuk memecah 1 juta pengikut apabila video pertama dilancarkan pada 21 Ogos.

Ketua pasukan Portugal itu mempunyai lebih 100 juta pengikut di X dan lebih daripada 600 juta pengikut di Instagram. Ronaldo juga mempunyai lebih 170 juta pengikut di Facebook dan juga sangat popular di platform media sosial China.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version