Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cristiano Ronaldo Mahu Jadi Pemilik Kelab Selepas Bersara

today6 February 2025

Background
Cristiano Ronaldo


Bintang skuad kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo mahu memiliki kelab bola sepak selepas beliau bersara dari aksi peringkat profesional satu hari nanti.

Ronaldo yang baru sahaja merayakan hari jadinya yang ke-40 tahun berkata beliau mempunyai impian untuk memiliki beberapa kelab dan tidak berminat untuk menjadi pengurus selepas bersara.

Baca Juga:

 

Cristiano Ronaldo
Kredit Foto: Al Nassr Saudi Club

Cristiano Ronaldo Tidak Mahu Jadi Pengurus

“Ia tidak masuk akal untuk menjadi pengarah kelab. Jika saya boleh menjadi pemilik kelab, mengapa saya menjadi pengurus, pengarah sukan atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)?

“Saya tidak mahu menjadi pengurus pada masa hadapan. Saya percaya menjadi jurulatih adalah lebih sukar daripada menjadi pemain bola sepak.

“Ini (menjadi pemilik kelab) adalah impian saya dan saya pasti akan sampai ke sana. Saya akan katakan lebih banyak lagi – saya harap bukan sahaja mempunyai satu kelab tetapi memiliki beberapa kelab,”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dito


Previous post