Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

CTRM muktamadkan pengambilalihan Spirit MY

today8 December 2025

Background


PETALING JAYA – Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM), anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad telah menyelesaikan pengambilalihan Spirit AeroSystems Malaysia Sdn. Bhd. (Spirit MY).

Ia susulan kelulusan yang diperoleh daripada pemegang saham DRB-HICOM pada 14 November 2025,
dan kelulusan Suruhanjaya Eropah dan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat yang telah diumumkan masing-masing pada 14 Oktober 2025 dan 3 Disember 2025.

DRB-HICOM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengambilalihan tersebut menyediakan peluang strategik untuk meningkatkan lagi kedudukan daya saing CTRM dalam industri aeroangkasa dengan meningkatkan kepakaran aerostrukturnya.

“Ini akan menyumbang ke arah peningkatan skala, kecekapan dan pertumbuhan dalam pelbagai bidang yang bakal meningkatkan kehadiran CTRM dalam program aeroangkasa utama dan memperdalam hubungannya dengan OEM global, mengembangkan hubungan CTRM dengan Airbus untuk program A220, A320 dan A350, serta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post