Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cuai Semasa Pandu Kereta, Tiga McLaren Dari Singapura Terlibat Pelanggaran Berangkai

today30 October 2023

Background
Tiga McLaren dari Singapura terlibat kemalangan di Yong Peng


Sebuah McLaren 570S, Artura dan 720S dari Singapura terlibat dalam satu kemalangan berangkai kira-kira 9 pagi, semalam ketika sebuah daripada kenderaan itu ingin membelok memasuki simpang di Kilometer 63 Jalan Yong Peng, di sini.

Memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Nik Mohd Azmi Husin, ketiga-tiga pemandu dari Batu 4 menuju ke arah Taman Seri Lambak.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan kereta paling belakang gagal dikawal sehingga merempuh kenderaan tengah yang sedang berhenti, kemudian kenderaan itu melanggar kereta paling hadapan yang mahu masuk ke simpang kanan.

Ketiga-tiga pemandu McLaren dari Singapura itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes terbabit disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Gol Jota untuk Diaz

London: Pemain Liverpool, Diogo Jota menzahirkan tanda simpati di atas insiden penculikan keluarga rakan sepasukannya, Luis Diaz yang kini berdepan detik hitam apabila ibu bapanya diculik di Colombia.

today30 October 2023