PETALING Jaya – Cuckoo International Berhad (Cuckoo Malaysia) mencatat hasil tertinggi sebanyak RM1.24 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, menandakan satu lagi tahun berturut-turut syarikat mengekalkan rekod pendapatan melebihi RM1 bilion, menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Syarikat bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada 24 Jun ini.
Menurut Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, peningkatan hasil sebanyak 11 peratus ini didorong oleh prestasi kukuh produk Cuckoo Co-Created, yang melonjak 62.6 peratus kepada RM250.3 juta dan pertumbuhan tiga peratus dalam produk jenama Cuckoo kepada RM983.2 juta.
Syarikat turut mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 23.2 peratus tahun ke tahun, disokong oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi dan kos pembiayaan yang lebih rendah berikutan pengurangan kerugian tukaran asing bersih ke atas amaun tunggakan mata wang asing, walaupun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: