PETALING JAYA – CUKTECH, peneraju inovatif dalam tenaga bersih dan penyelesaian pengecasan termaju, memperkenalkan tiga peranti baharu yang dibina untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam dunia mudah alih dan digital ini sekali gus dapat kekal produktif di mana sahaja mereka berada.
Trio produk terbaharu yang boleh dijadikan teman harian itu terdiri daripada CUKTECH 10 Mini Bank Kuasa (Power Bank), CUKTECH 6 Magnetic OLED Kabel Pengecas Pantas (Fast Charging Cable) dan CUKTECH CP Kipas Mini Luar (Outdoor Mini Fan).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, setiap produk baharu tersebut mencerminkan mitos jenama dalam menyampaikan nilai luar biasa, reka bentuk pintar dan prestasi praktikal yang disepadukan dengan lancar ke dalam rutin harian.
“Bank kuasa mini CUKTECH 10, peranti 10,000mAh hanya bersaiz sebesar tapak tangan yang padat tetapi miliki kuasa yang mampu mengecas pantas 55W selain dilengkapi dengan dua port USB-C dan 1 USB-A serta paparan digital LED pintar.

Sumber: