Kool FM

Cucu Pukul Nenek Dengan Tukul Besi Direman Tiga Hari Lagi


Seorang lelaki yang dipercayai memukul nenek berusia 79 tahun menggunakan tukul besi sehingga parah disambung reman tiga hari lagi bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: Pelajar IPTS Disyaki Dib*nuh Teman Istimewa, Kes Dipercayai Melibatkan Isu Peribadi

Artikel Berkaitan: Pelajar Maut Terjun Bangunan, Universiti Ambil Tindakan Terhadap Rakan Ejek & Gelak Kematian Mangsa

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat, perintah reman disambung adalah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

Kita mendapat perintah sambungan reman hingga Sabtu bagi melengkapkan siasatan.

Difahamkan, perintah reman yang disambung hingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman di Mahkamah Majistret Dungun.

Sebelum ini, media melaporkan suspek berusia 25 tahun itu memukul neneknya apabila warga emas itu menghalangnya untuk keluar rumah dalam kejadian 19 Jun kira-kira jam 6.55 petang.

Sumber: Harian Metro



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version