Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cucur Udang Kuah Kacang Menangi Lidah Juri Korea Selatan

today10 November 2025

Background
Cucur Udang Kuah Kacang Menangi Lidah Juri Korea Selatan


Dua chef dari Johor berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Masakan Tempatan Jeju ke-9 & Pertandingan Kulinari Antarabangsa WACS yang berlangsung baru-baru ini di Universiti Pelancongan Jeju, Pulau Jeju, Korea Selatan.

Chef Fazalina Ismail dari Segamat bersama rakan sepasukannya, Muhammad Saufie Ab Rashid dari Tangkak, memukau para juri dengan hidangan pembuka ‘cucur udang kuah kacang’ serta ketam sumbat dengan sos cili bawang putih, diikuti hidangan utama fish seaweed roulade dengan salad jeruk limau tangerin, petik Free Malaysia Today.

MAE Genap 5 Tahun: Nikmati Pulangan 5% Setahun Dan Banyak Lagi

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri kulinari dan kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Kulinari Malaysia Bersatu, Fazalina, 55, berkata cabaran terbesar yang mereka hadapi ialah memastikan semua bahan yang digunakan adalah halal.

“Kami perlu sangat berhati-hati…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Alcaraz, Zverev mula langkah kanan

Turin: Carlos Alcaraz memulakan kempen Finals ATP dengan langkah kanan selepas menewaskan Alex de Minaur 7-6 (7/5), 6-2 manakala bekas juara Alexander Zverev turut mencatat kemenangan straight set ke atas Ben Shelton, awal pagi tadi

today10 November 2025