Site icon Kool FM

Cuma keraian, penduduk nafi dakwaan hidup semula ajaran sesat


Penduduk Kampung Batu 13 di Hulu Besut berkata, mereka tidak nampak sebarang aktiviti mencurigakan atau usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin di perkampungan itu. (Gambar Bernama)

JERTIH: Penduduk di Kampung Batu 13, Hulu Besut, dekat sini menafikan dakwaan terdapat usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungan itu seperti yang tular di media sosial.

Seorang penduduk hanya mahu dikenali Rosli, 50, berkata perhimpunan yang sering dilihat itu adalah majlis keramaian dan kenduri-kendara anjuran ahli keluarga serta saudara-mara Ayah Pin, termasuk yang terbaharu majlis perkahwinan anak Ayah Pin pada bulan lalu.

“Saya terkejut apabila tiba-tiba sejak beberapa hari kebelakangan ini kecoh kononnya ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan semula. Sebagai penduduk yang tinggal berdekatan, saya tidak nampak ada aktiviti mencurigakan di penempatan yang dihuni lebih 100 penduduk ini.

“Cuma baru-baru ini (Februari lepas) memang ada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version