Jenama Honda atau dikenali kalangan warganet sebagai ‘H’ memang cukup diminati orang ramai tidak kisah lapisan umur. Sehinggakan baru-baru ini ada seorang penganggur sanggup curi sebuah kereta jenis Honda City Hatchback milik seorang lelaki di sebuah kedai mencuci kenderaan di sini pada Isnin lalu.
Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki berkenaan ditahan di Pokok Sena, Kedah sekitar jam 6.10 pagi, semalam, lapor Buletin TV3.
Artikel Berkaitan:
Katanya, polis menerima laporan daripada pemilik kenderaan itu pada jam 9.30 malam, Isnin lalu yang memaklumkan keretanya dilarikan seorang lelaki ketika berada di pusat cuci kenderaan.
“Siasatan mendapati pengadu menyerahkan kunci keretanya kepada suspek yang disangka salah seorang pekerja di kedai mencuci kenderaan itu sebelum suspek bertindak melarikan keretanya.
“Bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat ke atas suspek iaitu seorang lelaki tempatan yang berusia 26…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: