Site icon Kool FM

Dagangan sulung UUE 175% lebih tinggi berbanding harga IPO


PETALING JAYA – Penyedia penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah, UUE Holdings Berhad (UUE), bermula dengan langkah kanan sebagai syarikat tersenarai awam di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad hari ini apabila dagangan saham syarikat dibuka pada 66 sen, premium 175 peratus berbanding harga terbitan 24 sen sesaham dengan volum pembukaan 30.71 juta saham.

UUE berjaya memperoleh sejumlah RM29.98 juta melalui terbitan awam 124,902,000 juta saham biasa baharu dengan 52.5 peratus, atau RM15.75 juta daripada kutipan akan digunakan untuk pembelian mesin dan peralatan.

36.3 peratus, atau RM10.89 juta lagi diperuntukkan untuk modal kerja, manakala baki RM3.33 juta adalah bagi perbelanjaan penyenaraian. 

Saham UUE diklasifikasikan sebagai patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

Bahagian terbitan awam syarikat yang disediakan untuk orang ramai Malaysia melalui undian terlebih langgan pada kadar 103.83 kali, dengan 25,019 permohonan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version