Site icon Kool FM

‘Dah Agak Dah ‘Game’ Seperti Ini’

Kamal Adli


Kamal Adli bersumpah atas nama Allah dan ibu bapanya, bahawa dia tidak pernah memukul Uqasha Senrose.

Pada masa yang sama dia sudah memberikan amaran awal awal kepada peguamnya bahawa isterinya, Uqasha Senrose akan menduhnya kaki pukul.

Uqasha Senrose baru baru ini menuduh suaminya itu kaki pukul sejak awal perkahwinan mereka, berlarutan sehingga 4 tahun mereka hidup bersama.

“Dia memukul saya, naik tangan, naik kaki, memaki hamun dan menengking saya, dari awal perkahwinan sampailah 4 tahun ini,” kata Uqasha.

Uqasha Senrose turut menyatakan bahawa dia selama ini berdiam diri untuk menjaga aib suaminya. Namun dia akhirnya mendedahkan bahawa dia ada bukti video dan gambar kesan penderaan rumah tangga diterimanya daripada Kamal Adli.

“Ketika saya mengandung pun dia masih boleh pukul saya,” kata Uqasha Senrose yang menurut peguamnya sudah membuat 3 laporan polis berkaitan kes tersebut. Sementara laporan keempat adalah dibuat oleh ibu bapa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version