Biasalah apabila diadakan majlis perkahwinan, tuan rumah bakal menjemput sejumlah individu bagi memeriahkan majlis tersebut. Namun, jumlah tetamu yang besar kadang-kala menyebabkan tempat duduk menjadi terhad pula.
Menerusi perkongsian video oleh pengguna @S_Myra, dia meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang telah duduk lama di dalam majlis perkahwinan tetapi enggan beredar untuk memberi laluan kepada orang lain pula.
Di dalam video itu, dia bersama ahli keluarganya terpaksa makan di lantai pada bahagian tepi dewan dek kerana tempat duduk yang telah dipenuhi oleh para tetamu yang dijemput.
“Sejenis dah habis makan tak reti nak bangun2.. tak hormat tetamu lain dtg nak duduk.. tak paham lahhh orang macam ni..,” tulisnya pada kapsyen tersebut.
Tambahnya pada ruangan komentar, dia telah pun menulis RSVP dengan jumlah ahli keluarganya yang bakal menghadiri majlis perkahwinan tersebut dengan harapan akan mendapat tempat duduk.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
