Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dah Macam Tin Sardin, Netizen Seram Lihat 25 Wanita ‘Backpacker’ Berkampung Dalam Satu Bilik Sewa

today19 January 2026

Background


Kalau sebut pasal travel gaya backpacker, kita fahamlah kalau kena tidur dalam hostel atau bilik yang sedikit sempit demi nak jimatkan kos.

Tapi, perkongsian terbaru daripada seorang pengembara ini benar-benar buat netizen ‘loya tekak’ dan tergamam. Mana tidaknya, bukan dua atau tiga orang, tapi seramai 25 orang wanita dilaporkan berkongsi satu ruang bilik sewa yang sama.

Di dalam video itu, seorang wanita asing memperlihatkan lokasi bilik sewa yang dipercayai di bangunan kedai komersial lalu disewakan kepada sejumlah geng backpacker wanita.

Bermula dari tangga, kelihatan timbunan kasut yang memenuhi ruang tersebut dalam keadaan tersusun dan dimaklumkan akan dikunci sebaik malam menjelma.

Di dalam bilik yang agak besar, sejumlah wanita daripada pelbagai latar belakang langsung hidup bersama dan terpaksa berkongsi sebuah tandas dan bilik mandi.

Keadaan persekitaran sudah semestinya tidak kondusif kerana terlalu padat sampai sudah seumpama tin…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post