Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli pada hari ini telah mengumumkan orang ramai berpeluang membuat semakan harga semasa barangan mengikut tempat semudah menggunakan aplikasi KitaJaga sahaja.
Pengenalan aplikasi ini juga dapat memastikan para pengguna tidak mudah dimanipulasi oleh pihak penjual yang sewenang-wenangnya menaikkan harga sesebuah barangan.
Meskipun inisiatif yang diperkenalkan merupakan langkah yang baik, aplikasi KitaJaga telah menimbulkan kontroversi selepas seorang wanita menerusi Twitter @yayayiyiyiyuu mendakwa aplikasi KitaJaga yang diumumkan pihak menteri mempunyai data dan gambar yang sama seperti aplikasi PriceCatcher.
Baru nak tenang2 buat price alert harian dan bulanan untuk negara. Tiba2 dalam group kecoh Menteri Ekonomi lancarkan apps Kita Jaga? Omg data sebijik sebijan copy dari Price catcher??!! Gambar semua sama wehh. Ingat senang ke nak sediakan semua tu. So sad 😢🥺🥺
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: