Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dakwa Reputasi Terjejas, Safiey Illias Fail Tuntutan RM80 Juta Terhadap Beby Maembong?

today5 January 2026

Background
Dakwa Reputasi Terjejas, Safiey Illias Fail Tuntutan RM80 Juta Terhadap Beby Maembong?


Usahawan kosmetik, Safiey Illias didakwa telah memfailkan satu tuntutan undang-undang terhadap Beby Maembong yang juga merupakan kakak kepada pelakon, Emma Maembong.

Tuntut RM80 juta

Menerusi dokumen yang dikongsikan di Instagram, Safiey atau nama lengkapnya Mohd Safiuddin Ilias menuntut ganti rugi berjumlah RM80,000,000.00 (RM80 juta) atas dakwaan perbuatan yang telah menjatuhkan reputasi serta nama baik dirinya, syarikat dan ahli keluarganya.

Tuntutan ini difahamkan bermula selepas Safiey dimaklumkan oleh para pengikutnya mengenai satu hantaran di platform X milik Beby Maembong yang didakwa menuduh Safiey telah disenaraihitamkan oleh pihak bank serta pihak-pihak lain.

Bertindak atas dakwaan tersebut, Safiey melalui firma guamannya telah mengeluarkan notis tuntutan rasmi bagi menyangkal dan menafikan kenyataan berkenaan yang dianggap sebagai fitnah tanpa fakta yang sahih.

Selain tuntutan wang ringgit, Safiey turut mengarahkan Beby Maembong untuk mengemukakan pelbagai dokumen…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post