Site icon Kool FM

Dakwaan JDT Guna Awam Adalah Tidak Tepat

Datuk Onn Hafiz, MB Johor


Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan bahawa sebahagian besar hasil kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) datang daripada dana awam atau kerajaan adalah tidak tepat serta mengelirukan.

Menurut beliau, rujukan kepada Majlis Sukan Negeri Johor dalam penyata kewangan kelab bukan bermaksud kerajaan membiayai operasi pasukan profesional JDT. Sebaliknya, ia hanyalah sebahagian daripada prosedur pentadbiran biasa dalam ekosistem penajaan sukan di Malaysia.

Onn Hafiz menjelaskan bahawa banyak penajaan daripada syarikat swasta disalurkan melalui Majlis Sukan bagi tujuan tadbir urus yang lebih telus serta memudahkan proses pelepasan cukai.

Beliau turut menambah bahawa sebarang geran atau sumbangan kerajaan yang disalurkan sebenarnya tertumpu kepada pembangunan sukan akar umbi.

Antaranya termasuk program pembangunan bola sepak belia, penganjuran kejohanan peringkat daerah serta usaha memperkukuh ekosistem bola sepak negeri melalui…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version