PETALING JAYA – Kumpulan Touch ‘n Go dan Principal Asset Management (Principal) mengumumkan dana Principal e-Cash yang ditawarkan Touch ‘N Go melalui GO+ kini patuh syariah.
Pengenalan dana ini menjadikan GO+ produk eWallet pertama di Malaysia yang menawarkan dana patuh syariah.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid berkata, ketika pihaknya melancarkan dana GO+ sebelum ini, ada permintaan daripada pengguna agar dana asasnya mematuhi syariah.
“Kami mendengar permintaan mereka dan segera melakukan sesuatu. Kini kami mempunyai produk yang lebih inklusif daripada sebelumnya, sesuai dengan matlamat menyediakan perkhidmatan kewangan asas kepada semua lapisan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.
GO+ yang dilancarkan pada Mac lalu merupakan langkah pertama Touch ‘n Go dalam arena perkhidmatan kewangan digital.
Produk GO+ merupakan dana pasaran wang yang diuruskan oleh pakar pelaburan serta pengurusan dana, Principal.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
