SERDANG – Dibesarkan dalam dunia perniagaan berasaskan automotif dengan mengambil inspirasi daripada bapa dan abangnya, seorang anak muda bercita-cita besar mahu mengembangkan rangkaian outletnya ke seluruh negara, malah berazam untuk menaikkan standard bengkel motosikal ke peringkat lebih profesional.
Bagi merealisasikan impian tersebut, Ketua Pegawai Operasi Nawireton Legacy Sdn. Bhd., Mohammad Muizz Mohd Munawir, 31, yang mengoperasikan bengkel membaiki motosikal di bawah jenama Dania Garage di Sungai Chua, Kajang itu tidak boleh ‘goyang kaki’ seperti adik tauke kepada pengasas bengkel seperti yang digambarkan dalam filem atau drama tempatan.
Tanggungjawabnya juga bukan duduk di kerusi empuk di bilik pentadbiran yang berhawa dingin atau berada di kaunter pembayaran untuk uruskan transaksi kewangan pelanggan tetapi beliau dilayan oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Mohd. Mustakim seperti kakitangan biasa dan hanya ditugaskan untuk membersihkan kekotoran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: