Site icon Kool FM

Dapat 6A Dalam SPM, Anak Kak KM Terima Mercedes Dan Wang RM10,000


Usahawan dan pempengaruh media sosial, Liana Rosli atau Kak KM menghadiahkan anaknya, Mohd Faris wang tunai RM10,000 dan sebuah kereta Mercedes.

Ini selepas Faris berjaya meraih keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kak KM menemani anaknya untuk mengambil slip keputusan peperiksaan SPM.

Dan Kak KM benar benar berbangga dengan Faris yang bijak itu.

Seterusnya, Kak KM memberikan hadiah khas buat Faris yang telah berusaha keras selama ini untuk mencapai keputusan yang baik.

Kak KM memuat naik video dia menyerahkan kunci dan cek bank kepada anak lelakinya. Dia berkata: “Faris, sempena kejayaan abang ini hadiah pertamanya, kereta, nombor dua RM10,000.. I love you, anak Mama.”

Tidak lama selepas itu, Faris menerusi IG miliknya mengucapkan terima kasih kepada ibunya, Kak KM yang sentiasa menyokongnya.

Faris berkata: “Syurgaku, terima kasih kerana sentiasa support abang tanpa rasa penat atau lelah, sentiasa ada bila abang rasa susah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version