Site icon Kool FM

Dapat Panggilan Tapi Tiada Suara? Jangan Jawab, Itu Perangkap Terbaru Scammer!


Jika anda pernah menerima panggilan senyap daripada nombor tidak dikenali, sila hati-hati. Ia mungkin bukan kesilapan semata-mata, sebaliknya satu bentuk taktik terbaharu scammer untuk mengenal pasti nombor aktif, kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

Beliau menjelaskan, menjawab panggilan jenis ini boleh menyebabkan nombor telefon pengguna dimasukkan ke dalam pangkalan data penipu dan dijadikan sasaran untuk pelbagai bentuk scam pada masa akan datang.

Baca juga: 13 Fakta ‘The Beast’, Kereta Paling Selamat & Canggih Dinaiki Presiden Amerika Yang Digelar Bunker Bergerak!

AWAS PANGGILAN SENYAP PERANGKAP BAHARU SCAMMER

Gambar hiasan: Tero Vesalainen (iStock).

“(Ia bagi) mengumpul metadata suara. Walaupun senyap, kadangkala panggilan dirakam untuk mengenal pasti latar bunyi atau suara pengguna.

“Jika mangsa menjawab, nombor akan dimasukkan ke dalam senarai sasaran dan seterusnya dijual atau digunakan untuk penipuan lanjut,”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version