Site icon Kool FM

Dari alumni ke dunia korporat, Azman kembali berbakti kepada UiTM Shah Alam


Azman Mohd Hazizi, 31, membuktikan hubungan alumni dengan universiti tidak terhenti selepas menamatkan pengajian.

Lapan tahun selepas bergraduasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, beliau kembali ke kampus sebagai Pengarah Ameran Motor Sdn. Bhd. untuk menyumbangkan komputer riba kepada mahasiswa yang memerlukan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat.

Bagi Azman, UiTM menjadi institusi yang menjadi asas kepada kejayaan yang dikecapinya hari ini.
Beliau percaya pendidikan adalah pelaburan paling bernilai dan berasakan kejayaannya bermula daripada peluang menimba ilmu di universiti tersebut.

Perjalanan kerjayanya bukanlah mudah. Selepas memulakan kerjaya dalam bidang pengurusan hartanah, Azman kehilangan pekerjaan ketika pandemik Covid-19 sebelum bangkit membina nama dalam industri automotif import.

Kini, selain mencatat jualan lebih 550 kenderaan premium bernilai melebihi RM250,000 setiap satu, Azman terus komited memperkasakan bidang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version