Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Daripada industri penerbangan, Kamarudin Meranun teroka bisnes lampin bayi

today9 December 2025

Background


PETALING JAYA – Selepas dua dekad mengubah landskap industri penerbangan melalui Air­Asia, Datuk Kamarudin Meranun kini melangkah ke satu lagi cabang perniagaan yang sangat berbeza dengan pengalaman dirinya iaitu perniagaan lampin bayi tanpa bahan kimia berjenama MILK.

Beliau berkata, pendekatannya terhadap perniagaan tersebut masih sama ketika me­mimpin syarikat yang terkenal dengan motto Everybody Can Fly ketika membina jenama dan empayar AirAsia kerana beliau tidak mengejar keuntungan jangka pendek, tetapi mengejar skala.

Menurutnya, pengalaman dalam industri penerbangan turut membentuk cara beliau berfikir untuk meneroka pasaran lampin.

“Seperti AirAsia yang menjadikan perjalanan udara lebih mampu milik, MILK mem­punyai misi untuk mengubah industri bayi dengan memberikan produk berkualiti premium pada harga mesra pengguna.

“Banyak persamaannya dalam dunia dua perniagaan ini, sama seperti dalam industri penerbangan, kami berjuang untuk menjadikan perjalanan lebih…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post