Pada awal minggu ini, tular kisah Kieda Crepe bercerita rumahnya dipecah masuk dan peti besi yang menyimpan barangan kemas bernilai RM800,000 telah dibawa lari.
Menerusi kemas kini terbaharu, empat sekawan ditahan polis bagi siasatan kes kecurian barang kemas dari rumah berkenaan, lapor Berita Harian.
Baca Juga:
Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 27 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Zulkeflee Sulaiman, berkata keempat-empat suspek sebelum itu menghadiri perbicaraan kes pecah rumah yang dihadapi mereka.
“Mereka kemudian ditahan dan dibawa ke Mahkamah Butterworth untuk direman bagi membantu siasatan kes pempengaruh media sosial.
“Mahkamah membenarkan polis menahan reman kesemua suspek selama enam hari bermula hari ini hingga Selasa,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: