
Khaby Lame — influencer TikTok paling berpengaruh di dunia — baru sahaja menandatangani perjanjian besar bernilai sekitar $900 juta atau sekitar RM3.57 billion melalui penjualan sebahagian syarikatnya kepada syarikat yang disenaraikan di AS, Rich Sparkle Holdings.
Khaby Lame menempa kegemilangan dengan meraih jutaan pengikut di media sosial dalam masa sekelip mata ketika dunia sedangn ‘lockdown’.
Khaby kemudian terus mengukuhkan nama dan jenamanya di peringkat global dengan pengaruh yang ada di media sosial.
Dan kini dia bakal menyaksikan empayar yang dia bina akan memberikannya pulangan besar.
Khaby menyerahkan hak komersial global bagi jenamanya untuk tempoh awal 36 bulan, termasuk hak untuk perkongsian jenama, penajaan, lesen & e-dagang syarikatnya.
Namun begitu Khaby Lame tidak menjual sepenuhnya syarikat itu. Dia akan menjadi pemegang saham besar / pengawal dalam Rich Sparkle — bukan sekadar “influencer” sekadar buat video lagi….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
