KOTA KINABALU – Langkah kerajaan Sabah melaksana dasar mesra pelabur ke negeri ini menyaksikan perkembangan positif apabila berjaya menarik perhatian China yang merupakan antara negara ekonomi terbesar di dunia,
Mengulas mengenai keistimewaan negeri ini, pengerusi salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) China, Chen Pengyu berkata, dasar berkenaan dilihat tepat pada masanya dalam memberikan impak kepada pembangunan rantau Asia.
Jelas beliau, selain itu, dasar tersebut turut menarik minat lebih ramai pelabur dari negara mereka untuk menceburi pelbagai industri di Sabah, terutamanya berkaitan industri tenaga baharu dan hijau.
“Syarikat-syarikat dari China akan lebih banyak berminat untuk datang melabur ke Sabah demi membantu negeri ini ke arah usaha keupayaan negeri menggunakan tenaga hijau.
“Pada masa hadapan, saya juga berharap lebih banyak syarikat dari China dan syarikat dari seluruh dunia datang melabur ke Sabah untuk berkembang. Sabah adalah negeri yang berbaloi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: