Warga Israel, Shalom Avitan, dilaporkan datang ke Malaysia untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah musuh kumpulan dianggotainya.
Memetik Berita Harian, portal The Times Of Israel melaporkan suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah bersaudara Musli Brothers.
Baca Juga:
Sementara itu Avitan dipercayai mempunyai misi untuk membunuh ‘Eran Haya’ iaitu ketua keluarga daripada kumpulan penjenayah musuh.
“Kedua-dua sindiket terbabit dalam perbalahan ganas selama berbulan-bulan. Menurut Saluran 12, rumah Avitan, di kejiranan mewah Bavli, Tel Aviv, adalah sasaran beberapa bom tangan yang dilemparkan oleh ‘orang’ Haya
“Insiden itu dilaporkan pada pertengahan Mac, dipercayai sebelum Haya dikatakan memasuki Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pistol serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini, Rabu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
