
Tindakan segelintir pengunjung yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mengundang kecaman apabila meninggalkan sampah di kawasan tersebut sejurus acara berakhir.
Artikel Berkaitan: ‘Insya-Allah, Satu Hari Nanti Malaysia Tuan Rumah Piala Dunia’ – Zahid Hamidi
Sampah bertebaran


Menerusi video yang tular di platform Threads, kelihatan sisa makanan, cawan dan pelbagai jenis sampah bertaburan di atas rumput, dipercayai ditinggalkan oleh sebahagian pengunjung yang hadir menyaksikan aksi final berkenaan.
Perkongsian itu turut disertakan dengan luahan kecewa pemilik video yang mempersoalkan tahap kesedaran sivik segelintir masyarakat.
Balik dari Dataran Merdeka lepas layan final World Cup, macam ini ke mentaliti orang Malaysia? Memang lambat lagi nak maju.
Dah duduk makan minum sedap, kemudian sampah itu kutiplah dan buang dalam tong sampah. Bukan suruh hantar ke pusat kitar semula pun. Sama-samalah jaga kebersihan.
Meninjau ruangan komen,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: