PETALING JAYA – Datasonic Group Berhad (Datasonic) bakal menjadi peneraju dalam pasaran identiti fizikal melalui cadangan pelan transformasi yang diumumkan syarikat semalam.
Menurut Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Datasonic, Datuk Hanifah Noordin, melalui inisiatif tersebut, syarikat akan muncul dengan memiliki ekosistem pengurusan identiti berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan berpusatkan digital, yang akan membolehkannya menyediakan penyelesaian identiti dan keselamatan menyeluruh yang lengkap dan selamat untuk kerajaan dan perusahaan.
Jelas beliau, bagi menyokong pelan transformasi yang dicadangkan, Datasonic berhasrat untuk melaksanakan pelaburan strategik yang akan meluaskan kehadiran pasaran Kumpulan, meningkatkan portfolio produk dan perkhidmatan Kumpulan serta memesatkan aktiviti kajian dan pembangunan (R&D) dalamannya.
“Ini disokong oleh pelaksanaan untuk mengumpul sehingga RM554.95 juta melalui terbitan bonus sehingga 1.55 bilion waran atas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
