Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Persatuan Bola Sepak Brunei (FABD) mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan dengan Datuk K. Rajagobal untuk berpisah pada penghujung Januari 2022 walaupun masih mempunyai baki kontrak selama setahun.
Menurut laporan Aseanfootball.org, ianya keputusan yang sukar dibuat oleh FABD kerana Rajagobal telah berkhidmat dengan cemerlang sejak Februari tahun lalu.
Selain itu, situasi wabak pandemik COVID-19 telah memberi kesukaran kepada kedua-dua pihak untuk merancang perlawanan persahabatan di peringkat antarabangsa sehingga gagal menyertai Piala AFF.
“Dalam mengiktiraf sumbangannya, FABD melahirkan rasa terima kasih di atas perkhidmatannya yang singkat tetapi memberi impak dan sedih melihatnya pergi dalam keadaan yang tidak tepat pada masanya,” tulis kenyataan rasmi.
#BREAKING | 🇧🇳 BRUNEI PART WAYS WITH RAJAGOBAL
The FA of Brunei Darussalam (FABD) and Malaysian’s coach,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: