Site icon Kool FM

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh Dilantik Ketua Hakim Negara Baharu

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh Dilantik Ketua Hakim Negara Baharu


Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia memuat naik kenyataan rasmi menerusi Facebook Badan Kehakiman Malaysia mengumumkan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Pelantikan itu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Shark FlexBreeze

Pada masa sama baginda juga memperkenankan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak bagi menggantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang bakal bersara.

Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat serta menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version