Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Guardians of the Galaxy Vol. 3 bakal menemui peminat tidak lama lagi setelah difahamkan bahawa pengambaran filem itu sudah pun berjaya diselesaikan.
Bagaimanapun, apa yang sedih adalah filem ini bakal menjadi filem terakhir buat Dave Bautista yang memegang watak sebaga Drax the Destroyer.
Melalui hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Bautista menyatakan bahawa dia sukar untuk mengungkapkan ayat yang sesuai bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Drax.
“Ia berakhir begitu tiba-tiba dan saya menonton filem seterusnya sebelum saya dapat memproses semuanya. Berakhirnya perjalanan yang mengubah hidup saya.”
Sebelum ini, Bautista memberitahu Ellen Degeneres bahawa dia tidak lagi akan berperan sebagai Drax selepas filem “Guardians” yang ketiga.
“Anda tahu, perjalanan ini telah menjadi bulatan penuh dan saya bersedia untuk mengakhiri dan menyelesaikannya. Saya tidak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
